NADI MELUGU X TINY TECHIES – KELAS ULANGKAJI SIRI 2: PYTHON, HTML & SQL
28 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniSatu sesi Kelas Ulangkaji Siri 2 bagi topik PYTHON, HTML & SQL telah berjaya dilaksanakan.
Sesi ini bertujuan mengukuhkan semula pemahaman peserta terhadap asas pengaturcaraan menggunakan Python, pembinaan laman web melalui HTML serta pengurusan pangkalan data menggunakan SQL. Sepanjang kelas, peserta mengulang kaji konsep penting seperti penggunaan pembolehubah dan fungsi dalam Python, struktur asas kod HTML serta arahan asas SQL seperti SELECT, INSERT dan UPDATE.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: